Thursday, April 26, 2012

3 Perkara

Rasulallah SAW bersabda :

Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan iaitu solat apabila telah sampai waktunya , jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafannya) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya .

H.R. Tarmidzi



*Yang KETIGA yang paling menarik perhatian sekali tu . hehe :D


Wednesday, April 25, 2012

Indahnya Diciptakan Sebagai Seorang Wanita

Mungkin entry seperti ini telah banyak kali dipost oleh blogger diluar sana . Walau dah dipost banyak kali , saya still nak share dekat blog saya ni sebab entry ni sangat menarik perhatian saya sebagai seorang wanita . Berulang kali saya membacanya . Tanpa saya sedar , betapa agungnya menjadi seorang hamba Allah SWT yang bergelar WANITA . 

Sekadar ingin berkongsi , indahnya menjadi seorang WANITA :
  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh
  3. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  4. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya
  5. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
  6. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba 
  7. Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang akan dipandang oleh Allah SWT dengan penuh rahmat
  8. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah SWT dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya , akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada Yakut
  9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT keseluruhan dosanya dan apabila wanita tersebut menghiburkan hati anaknya yang sedang sakit itu , wanita tersebut akan diberi 12 tahun pahala ibadat oleh Allah SWT
  10. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
  11. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah' , Allah SWT akan memberkati rezekinya
  12. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah
  13. Wanita yang menjaga solat , puasa dan taat pada suami , Allah SWT akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
  14. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadat pada malam hari
  15. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan pada setiap kesakitan pada satu uratnya Allah SWT akan mengurniakan satu pahala haji
  16. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin , wanita tersebut akan dikira sebagai mati shahid
  17. Wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
  18. Wanita yang menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 setengah tahun , maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya
  19. Wanita yang memberi susu badan kepada anaknya yang sedang menangis , Allah SWT akan memberikannya pahala satu tahun solat dan puasa
  20. Wanita yang memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak
  21. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
  22. Suami yang mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat
  23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah SWT di akhirat , tetapi Allah SWT akan datang sendiri kepada wanita yang memelihara auratnya degan memakai purdah di dunia dengan Istiqomah
  24. Doa seorang wanita lebih makbul daripada doa seorang lelaki kerana sifat seorang wanita yang lebih penyayang
  25. Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama Rasullallah SAW di dalam Syurga
  26. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya , maka beristighfarlah para malaikat untuknya . Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
  27. Apabila wanita melahirkan anak , keluarlah dia daripada dosa-dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya



*Subhanallah . Bersyukurlah menjadi seorang hamba Allah SWT yang bergelar WANITA

Coming Soon in JOHOR !

Tengah mengisi masa yang sangat-sangat lapang ni . Then terbaca and tertengok website about LEGOLAND Malaysia . Yang menariknya LEGOLAND ni dah ada dekat Denmark , US , German and London and this is the 1st LEGOLAND in Asia which is in Malaysia located at Nusajaya , Johor . Will be opening soon at the end of 2012 . This theme park is packed full of more than 40 rides , shows and attractions for family and friends .






Fyi , the theme park is divided up into 7 theme areas :






The tickets are very reasonable and affordable :

  • 1-Day Ticket Child (3-11)                MYR 110
  • 1-Day Ticket Adult (12-59)              MYR 140
  • 1-Day Ticket Senior (60+)               MYR 110

For more information , you can visit http://www.legoland.com.my/



*Really can't wait for this theme park ! Confirm suruh mommy and ayah bawak saya and adik pergi sini ! Besides , it is not far from our place . 

Diari Elektronik

Blog ? I prefer to call it as 'Diari Elektronik' . I had once before but suddenly hilang macamtu je and the worst thing is I forgot every single thing about it ! So the past 2 days , I have decided to create a new one and this is it . Just a very simple blog among all the blog that I have read . I named it as RAINBOW because it has many colors and so do life . After this , I want to write want I want to write , what I feel , what I want to share and etc . Feel free to follow this simple RAINBOW .



*Ikhlas dari hati penulis kerdil yang tak seberapa pandai ber'blogging' :)

New Beginning

Assalamualaikum wbt .

Terasa nak menulis semula dan memulakan yang baru .